Wednesday, March 31, 2010

Tiada kemudahan Internet / Gangguan capaian Internet

Pihak PERMATApintar menyedari masalah kemudahan infrastruktur ICT di sekolah. Ada makmal komputer tapi tidak semua komputer boleh mencapai Internet.

Internet di sekolah, bukan hanya untuk ujian UKM1 dan UKM2 semata-mata. Pengintegrasian Internet dalam Pendidikan akan menjadi retorik, jika sekiranya masalah ini tidak diatasi.

Apakah pentadbir sekolah dan guru tidak menggunakan Internet?

Sekurang-kurangnya sebuah komputer yang ada Internet di setiap sekolah.

Jika ada 10,000 sekolah, seorang pelajar sahajalah yang buat ujian UKM1 sehari untuk tempoh 3 jam, maka sehari Ujian ini boleh diambil oleh 10,000 pelajar.


Program PERMATApintar Negara adalah program untuk RAKYAT MALAYSIA. Dengan itu, masyarakat dan NGO yang prihatin boleh membantu membawa pelajar sekolah ke pusat-pusat yang ada capaian Internet.

Pihak PERMATApintar ingin memberi peluang kepada semua pelajar 8-15 tahun mengambil ujian ini. Namun, kerana kekangan infrastruktur ICT, maka ibu bapa, guru dan anggota masyarakat, boleh membuat pemerhatian tentang ciri-ciri pelajar pintar cerdas ini melalui panduan berikut:


Ciri ini dibahagikan kepada domain-domain:
A. kebolehan intelek yang umum
B. kebolehan intelek yang khusus
C. pemikiran kreatif
D. kepimpinan
E. kebolehan psikomotor
F. kesenian visual/persembahan
G. sosial emosi.


2 comments:

  1. assalamualaikum.saya ingin mengetahui bagaimana cara mendaftar supaya anak saya dapat mengambil ujian permata pintar ini?saya sudah ke web www.permatapintar.com.my tapi tidak menjumpai pautan daftar.Jika tidak keberatan,boleh la email saya di beby_adam@yahoo.com.terima kaseh

    ReplyDelete
  2. wa alaikumssalam

    Terima kasih. Pn boleh gunakan laluan http://www.permatapintar.edu.my

    Cuma, hari sabtu 3/4/10 terdapat gangguan teknikal. Namun ia dapat diselesaikan.

    ReplyDelete