Saturday, March 20, 2010

Ujian Saringan Pertama PERMATApintar UKM1

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja.

Tiada syarat atau birokrasi untuk ambil ujian ini. Yang penting semua pelajar jujur dan bertanggungjawab. Terima kasih daripada Pusat PERMATApintar Negara, UKM.



Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet.

Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
  1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
  2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
  3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)

Kemahiran asas komputer: boleh mengendalikan papan kekunci dan tetikus


Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini. Setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa / penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke halaman terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke halaman permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke halaman terakhir anda.

KLIK DI SINI UNTUK MEMULAKAN UJIAN ATAU MENYAMBUNG UJIAN SARINGAN PERTAMA UKM1


4 comments:

  1. puan mcm mana saya nak memulakan ujian saringan ini

    ReplyDelete
  2. salam..saya ingin tahu macammana saya ingin mendaftarkan anak saya di ujian ini

    ReplyDelete
  3. Harap maaf. Harap sabar menunggu. Semenjak petang tadi, kami sedang mengatasi masalah teknikal dan melakukan penyelenggaraan.

    ReplyDelete
  4. salam.adakah ujian ni boleh mgesan plajar pintar cerdas pencapai rendah?

    ReplyDelete