Tuesday, January 17, 2012

Ujian Dalam Talian UKM1 2012: 1 Feb - 30 Apr

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2012 UJIAN DALAM TALIAN UKM1

Ujian ini tidak ada birokrasi. Semuanya bergantung kepada pengurusan sekolah untuk mengumumkan dan mengatur pelajar mengambil ujian ini di sekolah. Berdasarkan data tahun 2009-2011, majoriti pelajar mengambil ujian di sekolah.

Kepada semua guru sekolah, jika anda ingin mendaftarkan pelajar-pelajar sekolah anda secara berkelompok anda bolehlah menggunakan salah satu dari fail XLS atau XLSX dibawah sebagai standard format yang diperlukan.

Muat turun fail:
1. Profil Pelajar (Excel 97-2003). Format fail XLS
http://www.permatapintar.edu.my/downloads/student-profile.xls

2. Profil Pelajar (Excel terkini). Format fail XLSX
http://www.permatapintar.edu.my/downloads/student-profile.xlsx

Setelah anda memasukkan semua maklumat yang diperlukan sila email ke permatapintar@ukm.my dan salinan (cc) kepada sitifatimahmy@gmail.com dengan tajuk email (subject) Pendaftaran Ujian UKM1 2012. Maklumat ibu bapa / penjaga diperlukan bukan untuk tujuan pemilihan, tetapi untuk mengetahui Status Sosial Ekonomi (Social Economy Status -SES) keluarga pelajar dan melicinkan urusan komunikasi dengan keluarga pelajar

http://www.permatapintar.edu.my/default.aspx

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT UNTUK PELAJAR LAMA
Pelajar yang telah mendaftar dan mengambil ujian tahun 2009 hingga 2011, anda boleh mengemaskini maklumat dengan menggunakan nombor mykad/mykid atau nombor yang dijanakan. Guru-guru yang pernah ditugaskan oleh sekolah boleh membantu murid dalam hal ini.

http://pelajar.permatapintar.edu.my/

Portal Pelajar PERMATApintar Negara
http://pelajar.permatapintar.edu.my/


3 comments:

  1. salam. saya nak bertanya bolehkah ujian permata pintar ini didaftarkan secara individu bukan melalui sekolah? bagaimana??

    ReplyDelete
  2. Sekarang ini sudah boleh daftar secara individu dan terus ambil ujian.

    Masalahnya ramai pelajar taip sendiri kod dan nama sekolah, dan tidak menggunakan carian. Sekolah ada dalam database adalah sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah ujian itu akan di isikan dekat komputer

      Delete